Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rasailah Pahit Getirnya Menuntut Ilmu

Rasailah Pahit Getirnya Menuntut Ilmu. Bukan mudah nak menuntut ilmu, cabarannya amat kuat dan getir. Banyak dugaan dari luar dan dalam diri. Siapa kata menuntut ilmu itu mudah? Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenang dan mestilah berguru. Tidak boleh menuntut ilmu secara pandai-pandai sendiri, nanti anda malahan semakin bodoh! Renungkanlah!!

Kata Imam al-Syafie : "Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut ilmu walaupun seketika, maka ia akan terjerumus ke dalam kehinaan dan kejahilan seumur hidupnya."

Sememangnya menuntut ilmu itu suatu yang memerlukan pengorbanan dan komitmen yang sangat tinggi jika kita benar benar inginkan kejayaan.

Rasailah Pahit Getirnya Menuntut Ilmu

Begitu jugalah sekiranya kita menginginkan kejayaan akhirat. Maka perlunya kita menempuhi pahit getir menuntut ilmu agama agar kita dapat memahami agama dengan benar dan tidak mudah diperbodohkan oleh pihak musuh.

Jika kita memilih untuk terus selesa dengan kejahilan dan tidak mahu memperbaiki serta menambah kefahaman agama, maka kita sebenarnya hanya membuka ruang untuk diperbodohkan oleh pihak musuh dengan pelbagai fitnah dan kekeliruan yang akhirnya merosakkan keimanan kita.

Bersimpuhlah! Tadahlah kitab! di majlis majlis ilmu atau gunalah aplikasi aplikasi yang boleh menyampaikan diri kita kepada ilmu agama.

Berdoalah dan pastikan kita terus belajar ilmu agama dan jangan kita berhenti sehinggalah ke liang lahad. Wallahu'alam.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close