Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas. Ada juga yang panggil sambal ikan bilis tumbuk. Kami tak panggil sambal belacan sebab ia tak letak belacan. Sambal totok ni sambal asal orang jawa Indo yang buat. Dimakan ketika selepas penat bekerja di kebun. Sambal yang ditumbuk tu kan bunyi "tok! tok!". Itu yang lekat dipanggil sambal toktok. Haha..

Baiklah. Sambal toktok sedap dimakan dengan sayur bening dan nasi putih panas-panas. Kemudian layan dengan ikan goreng rangup. Tak kisah lah ikan apa. Ikan keli goreng tepung pun sedap.. 

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas


Bahan-bahan:

5 tangkai cili hidup
15 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan
1 biji bawang merah - dihiris
Garam dan perisa secukupnya

Cara penyediaan;

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas

1. Goreng ikan bilis, ketepikan.
2. Kemudian goreng bawang, cili hidup dan cili padi. Angkat dan toskan
3. Tumbuk hingga lumat ikan bilis serta bawang & cili yang telah di goreng.
4. Letakkan secubit garam dan serbuk perisa sebagai penyedap rasa
5. Sambal totok siap untuk dihidangkan.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Kalau dah makan dengan sambal totok memang tak cukup sepinggan. Kelazatan makanan tu menjadi berganda-ganda. Hehe..

Resepi Sambal Totok Yang Ringkas

Sambal totok yang telah siap ditumbuk. Saya tak tumbuk hingga lumat kerana nak rasa ikan bilis yang kasar sikit. Bila dikunyah rasa rangup gitu..

Ingat ya, sambal totok bukan dikisar guna belnder taw. Nanti keluar minyak dan macam berair pulak. Rasa pun dah lain. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close