Selamat Tahun Baru 2024. Perjuangan harus diteruskan. Selamat Tahun Baru 2024. Inilah masanya untuk bergerak ke depan. Berjuang untuk dirimu sendiri dan juga orang-orang yang kamu sayangi. Hidup mesti ada peningkatan, pergerakan, menjadi semakin baik dan terus melakukan kebaikan dari semasa ke semasa.
Perjuangan tak semestinya nampak besar dan gah, sebaliknya cubalah lawan perkara yang negatif walau hasilnya kecil sahaja. Kerana kesenangan tak datang bergolek dan kejayaan tak dicapai dengan hanya berpeluk tubuh.
Sambil itu, jangan lupa berdoa dan terus berdoa!
Di awal tahun baru ini, marilah kita mengangkat tangan dan memohon kepada Allah.
Selamat tinggal 2023.
Selamat Datang 2024. Marilah berdoa...
Ya Allah, ampuni aku, redhai aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, kurniakanlah aku rezeki, kurniakan aku petunjuk, sihatkan aku, permudahkan segalanya, berilah aku ketenangan dan pimpinlah aku ke jalanMu, Ya Allah.
Tahun 2024 - fighting for your rights.
Rights? Apakah hak anda? Hak yang macam-macam.. antaranya hak seorang hamba, hak seorang anak, hak kepada pasangan, hak sebagai pekerja, hak sebagai sahabat dan banyak lagi.
Tahu di mana kamu berdiri. Tahu ke mana tujuan hidupmu.
Tahun 2024 bukanlah lagi masa untuk kamu menanti. Kamu harus mencabar diri, mengikuti arus masa kini tetapi dalam santun yang betul.
Boleh buat apa saja, tetapi pastikan berpijak di bumi nyata.
Selamat tahun baru 2024. Perjuangan harus diteruskan. Tiada yang lebih berharga melainkan kamu bangkit bersemangat dan tahu tujuan apa kamu hidup.
Toleh ke belakang sesekali bagi mengutip pengajaran yang pernah singgah dalam hidup.
Its okay to be okay all time 👌😍
1 Comments
Selamat Tahun Baru!
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.