Shopping List Panjang Berjela Bila Nak Balik Asrama. Siapa ada pengalaman macam ini, bila anak nak balik asrama je, dia punya shopping list macam nak pindah rumah. Yang pelik tu, asyik beli kertas kajang, pensil, pen, dan segala mak nenek stationery. Saya rasa depa beli pakai dan buang kut.. atau pun buat main baling-baling dalam kelas. Memanjang habis saja barang sekolah dia..
Anak kami dedua memang duduk asrama. Nasib baik jarak 7 tahun. Jika tidak jenuhlah dengan perangai asyik hilang barang... hehe
Shopping List Panjang Berjela Bila Nak Balik Asrama
Gambar di ambil dari dalam bonet kereta. Penuh dalam tu, siap dengan beli baldi baru. Katanya baldi lama dihanyutkan air masa banjir kat asrama bulan lepas. Boleh caya ke? Dah lah masa bercerita tu tak serius, ketawa je.. Haish.. geram je..
Macam-macam ada.. roti gardenia pun di bawaknya. Maggi rameyon pedas pun beli, kopi, biskut.. dan berjela lagi senarainya. Saya pun barang hanya ikan, ayam dan sayuran.
Dah kata kat si bujang tu, yang penting makanan yang dibeli kena habiskan. Tak mahu membazir. Ramai je yang akan habiskan bu, katanya. Faham lah...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.