Bunga Ati Ati, Tambah Pokok Kaktus Dan Bunga Ati-Ati di laman kecilku! Ada orang bagi pokok kaktus dan bunga ati ati pada saya, siapa lagi kalau bukan abang ipar & kakak tersayang. Dapat juga bunga gantung, apa nama pokok dia pun tak pasti.
Pokok bunga baru dalam koleksi tanaman di laman sekangkang kera. Iaitu pokok kaktus dan ati ati. Tak tau la betul ke nama pokok bunga tu. Pokok besar-besar ni senang nak jaga. Tak perlu baja sangat. Dapat cahaya dan air yang cukup, pun dah subur.
Saya ni tak la rajin bela pokok bunga. Ada waktu pun pada hujung minggu je. Kadang-kadang balik kerja pun lupa nak siram pokok. Hanya berharap kalau hujan, maka mandi la pepohon tanaman ku itu...
Pokok bunga ni kena letak dalam pagar jawabnya, sebab ia tak boleh kena air berlebihan atau panas terik. Letak la bawah bumbung je. Asalkan terkena cahaya matahari dah okay..
Orang kata kenapa tak tanam sayur-sayuran. Saya dah cuba tanam cili, daun kunyit, pokok sayuran dan salad. Tapi tak tumbuh. Baru tanam 3 hari dah mati. Tanam benih pun tak bertunas. Haha..
Jadi, jalan selamat saya tanam pokok bunga je. Yang penting hidup subur.
Melihat pokok bunga tumbuh subur dan dedaun hijau pada pagi hari sebelum pergi kerja dah jadi macam satu terapi kepada saya. Semoga korang pun boleh belek pokok bunga setiap hari. Mesti happy kan..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.