Amalkan Surah Al-Ahqaf Ayat 15 Untuk Mohon Keinsafan. Daripada satu perkongsian Ustazah Norhafizah Musa, saya tuliskan di blog ini agar lebih ramai dapat amalkannya khusus kepada wanita-wanita di luar sana.
Bila usia makin meningkat, melebihi 40 tahun ke atas macam-macam rasa yang menghantui, gelisah marah dan stress tak lari dari kita semua.
Semoga dengan amalan membaca ayat 15 surah al-ahqaf ini dapat membantu kita meredakan kemarahan, menzahirkan keinsafan, lebih bertenang dan menjadi wanita yang sentiasa berakhlak dan tersenyum dalam redha.
Amalkan Surah Al-Ahqaf Ayat 15 Untuk Mohon Keinsafan Dan Merawat Amarah
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ إِحۡسَٰنًا ۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ كُرۡهًا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهًا ۖ وَحَمۡلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهۡرًا ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحًا تَرۡضَىٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِي فِي ذُرِّيَّتِيٓ ۖ إِنِّي تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Bacaan ayat 15 surah al-ahqaf dalam rumi
wa washshoinal-ingsaana biwaalidaihi ihsaanaa, hamalat-hu ummuhuu kurhaw wa wadho'at-hu kurhaa, wa hamluhuu wa fishooluhuu salaasuuna syahroo, hattaaa izaa balagho asyuddahuu wa balagho arba'iina sanatang qoola robbi auzi'niii an asykuro ni'matakallatiii an'amta 'alayya wa 'alaa waalidayya wa an a'mala shoolihang tardhoohu wa ashlih lii fii zurriyyatii, innii tubtu ilaika wa innii minal-muslimiin
Maksudnya:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)"."
(QS. Al-Ahqaf 46: Ayat 15)
Semoga amalan ayat 15 surah al ahqaf ini menambahkan lagi keimanan, ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Sentiasa berlapang dada dengan segala rintangan yang dijalani.
Bila kita faham tujuan hidup, kita tidak lagi mencari yang tak perlu dalam kehidupan di atas muka bumi ini.
Wallahu'alam.
* Via Al-Qur'an Melayu https://quranmelayu.com
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.