Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab

Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab. Bulan Rejab datang lagi. Bulan yang penuh keberkatan juga dan persediaan kita menghadapi ramadhan. Di dalam bulan Rejab, ada amalan-amalan yang membolehkan kita menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT. Habib Umar ben Hafidz memberi amalan untuk mendapatkan keutamaan bulan Rejab.

Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab

Cara Mendapat Keutamaan Bulan Rejab


1. Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar)

2. Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× (kali) selepas Subuh dan Isyak. Istighfar seperti berikut;

Robbighfirli warhamnii watub 'alaiiya


Maksudnya:


Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kurjiakanlah aku taubat.


3. Memperbanyak doa:

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان


Dalam Rumi: Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana.

Maksudnya: 

Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan.

💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T. Perbanyak solat taubat..

💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat

💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah

💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab

💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan megagihkan dagingnya

💚 Bulan Rejab bulan Istighfar dan di sini kita menanam benih, pada bulan Sya'ban kita akan membaja, dan bulan Ramadhan kita menuai hasilnya.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close