Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Agar Dijauhkan Dari Segala Bahaya

Doa Agar Terhindar Dari Mara Bahaya. Doa agat dijauhkan dari bahaya seperti kemalangan, kehilangan, kecurian dan banyak lagi. Jadi, dengan mengamalkan doa bukanlah bermaksud kita boleh lepas tangan dan tidak berusaha. Contohnya untuk elakkan kemalangan di atas jalan raya, kita kenalah juga memandu dengan berhari-hati, ikut peraturan yang ditetapkan dan tidak terburu-buru. Maka, membaca doa adalah kerana kita nak mendapat pahala dan juga sambil itu memohon pertolongan Allah yang sentiasa dekat dengan kita.

Doa ini juga bagus ditujukan kepada anak-anak kita yang jauh duduk asrama atau tidak nampak depan mata. Mintak Allah jagakan mereka untuk kita. Wallahu'alam.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Doa Agar Dijauhkan Dari Segala Bahaya


Mari lah kita amalkan doa seperti di bawah, dari sekian banyak doa yang dihafal.. bacalah. Tak salah ada banyak amalkan doa, kerana Allah suka dan sayang kepada hambaNya yang selalu mengharapkannya.

Doa Agar Dijauhkan Dari Segala Bahaya
Rujukan IG Ustazah Asma Harun

Bila nak baca doa ini?


Ada banyak waktu yang boleh diamalkan bacaan doa agar terhindar daripada segala bahaya. Contohnya nak keluar rumah naik kenderaan, selepas solat fardhu, dan macam-macam lagi.

Bacaan doa dalam rumi:


Bismillahillazi laa yadhurru ma'as mihi syaiin fil ardhi, 
Walaa fissamaa'ii 
Wahuwassamii ul aliim

Maksudnya:


"Dengan nama Allah yang dengan namaNya tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close