Khasiat Surah Al-Ikhlas. Fadhilat surah al ikhlas dalam kehidupan seharian kita. Banyak khasiat sebenarnya surah al Ikhlas ni. Boleh di baca pada bila-bila masa sahaja samada siang atau malam. Contohnya, saya amalkan membaca 10 kali surah al Ikhlas sebelum tidur, dengan niat supaya dapat ganjaran sebuah rumah di dalam syurga nanti. Walau apa pun fadhilat dan khasiat surah al Ikhlas, amalkan membacanya semata-mata kerana Allah Taala. Yang selebihnya adalah urusan Allah yang memberikan ganjaran. Insya Allah.
Khasiat Dan Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Ada terdapat banyak khasiat surah al Ikhlas, dan saya senaraikan beberapa saja sebagai manfaat bersama.
Khasiat yang bakal dikongsikan cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat walafiat dan terhindar dari sebarang gangguan.
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaá¹£ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2 . Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
3. Menghindari Kesukaran
a - Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
b -Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaá¹£ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
a - Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
b - Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
7. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
8. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
9. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
10. Pelbagai Guna
Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu… InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
– sebagai benteng/pagar diri
– sebagai suplemen/vitamin lahir/batin (sehat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
– anti sihir/santau
– mahabbah
– murah rezeki
– perubatan
– membuka hijab
– perlindungan dari zina
– bersih dan sucikan hati kita.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini.
Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
Insya Allah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.