Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada seluruh warga pelajar satu Malaysia. Semoga segala jerih payah dan usaha tanpa lelah dianugerahi dengan kejayaan yang cemerlang. Siapa yang berusaha dia pasti berjaya. Fokus dengan apa yang sedang dijalani dan bersyukurlah jika para pelajar sekalian dapat menjawab semua soalan. Insya Allah.. kejayaan menanti di hadapan.
Sebagai rujukan para pelajar, kami kongsikan panduan memilih kursus sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Semoga berjaya!!
PANDUAN MEMILIH KURSUS SEBELUM MEMOHON UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN:
SECARA UMUM:
Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Bisnes? Sastera? Sains? Teknikal? – amat penting agar anda tidak tersilap langkah demi masa depan anda jua. Kebanyakan pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang mereka ambil.
3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DENGAN DIRI ANDA – ramai yang tidak gemar berjauhan dengan keluarga dan ini boleh menyebabkan anda terganggu semasa belajar. Maka pilihlah tempat yang jauh atau dekat berdasarkan kemampuan anda menahan “homesick”.
4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan BINCANGKAN dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda – minta pendapat mereka.
5. Jangan sesekali ambil kursus yang anda TIDAK MINAT LANGSUNG kerana akan melemahkan semangat untuk belajar.
6. KENALI KEMAMPUAN anda – jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan tetapi pastikan anda juga mencurahkan usaha yang 100%.
7. Setelah mendapat keputusan tetapi masih keliru dan dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH – semoga ALLAH membantu anda.
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
~ Pencapaian akademik pelajar~ Cita-cita (kerjaya)
~ Minat dan keinginan sendiri
~ Kehendak ibu bapa
~ Pengaruh rakan sebaya
~ Lokasi IPT dan pilihan program pengajian
Faktor pemilihan kursus boleh bergantung kepada semua yang di atas atau hanya 1 atau 2 sahaja yang berkaitan. Namun, harus diingat tiada siapa mempu memuaskan hati semua pihak. Perbincangan yang baik perlu terutamanya di kalangan ibu bapa yang bertentangan kehendak dengan anak-anak. Tolak ansur dan muafakat amatlah perlu agar tiada pihak yang akan menyesal di kemudian hari.
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
2. Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
4. Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan
PANDUAN MEMILIH IPTS:
2. Kemudahan fizikal
3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
5. Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
6. Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
7. Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.
Rujukan:
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.