Pesan Dan Petua Kehidupan. Petua hidup yang mungkin berguna kepada kita semua. Petua dan pesanan hidup ini tiada titik noktah, tiada tarikh luput. Ia berguna sepanjang zaman selagi nyawa di kandung badan.
Jadilah kita umat manusia yang saling berpesan-pesan dengan sabar dan dalam menyampaikan kebenaran. Sifat sabar dalam menyampaikan amatlah disukai oleh Allah SWT. Selagi masih boleh bersabar, tahanlah api kemarahan..
Pesan Dan Petua Kehidupan
Mari kita renung-renungkan pesan dan petua hidup. Yang mana dah biasa amalkan, teruslah istiqamah.
1. Setiap kali memasak, baca doa:
"Laisa laha mindunillahi kasyifah"
Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi.
Moga tiada racun yang boleh merosakkan kita dan keluarga serta Allah jadikan makanan itu penawar kepada segala penyakit hati.
2. Semasa memulakan perjalanan ke tempat kerja, tempat belajar atau sebagainya, biasakan diri kita dan keluarga sedekahkan al-Fatihah kepada ibu ayah serta saudara yang telah meninggal.
Setiap satu nama, satu al-Fatihah dibaca.
Andai itu3 perjalanan kita yang terakhir, moga2 kematian kita tidak sia-sia.
3. Setiap kali melihat anak-anak sedang makan, sebut...
"Ya Allah berkati rezeki yang anakkku makan"
Setiap suapan yang masuk ke dalam perut anak, moga Allah redha dan tumbuhkannya menjadi darah daging yang berkat.
4. Setiap Kali selesai melakukan kerja atau tugasan, bacalah..
Bismillahi tawakkal tu 'ala llah la hauwla Wala Quwwata illa billah.
Moga Allah melengkapkan apa yang kurang dan menjadikan hati kita kuat berpaut kepada Allah Rabbul Jaliil.
5. Ketika ibu ayah kita meninggal, elekkan bergaduh tentang harta kerana roh mereka tidak akan tenang dan terseksa. Mereka akan merintih kesedihan.
5. Bila bergaduh mulut dengan pasangan..
"Lafazkan Illa Qiilan salaman salama"
Moga Allah waraskan fikiran kita dan tidak lemas dengan ujian hidup ini.
6. Bila berhadapan dengan seorang yang keras dan suka menentang, bacalah...
Ya latiif
Ya latiif
Ya Allah yang Maha Lemah Lembut...
Lembutkan hati dia (Sebut nama)
Satu perkara yang kita kena pegang...Jika urusan hidup ini kita serah total kepada Allah dan fokuskan kepada bahagia akhirat, pasti segalanya lancar.
Amiiin ya Allah 🤲
sumber : Aminah Mat Yusoff
Semoga bermanfaat kepada semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.