Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PV Aynorablogs Dah Lebih 53 Juta Di Tahun 2024

PV Aynorablogs Dah Lebih 53 Juta. Syukur alhamdulillah. Tak sangka boleh bersemangat lagi menulis blog hingga saat dan ketika ini. Hasilnya, PV blog semakin baik dan konsisten je jumlah pembaca setiap hari. Cuma PV blog agak menurun pada hujung minggu, mungkin kerana pencari maklumat sedang berehat bersama keluarga, lagi pun waktu hujung minggu memang waktunya untuk kita bersantai-santai je. 

PV Aynorablogs Dah Lebih 53 Juta Dalam Tahun 2024


Pageview (PV) sesebuah blog memang penting ya untuk dijadikan ukuran samada blog tersebut masih releven atau sebaliknya. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Cuba rujuk gambar yang saya sertakan di bawah. Ia diambil dari blogger.com yang menjadi medium secara langsung saya berblog. 

PV Aynorablogs Dah Lebih 53 Juta

Setakat artikel ini ditulis, PV blog dah cecah 53,950,987 (dah berjuta tu..). Berapa lama ya data dikumpulkan? Data diambil dari tahun 2011, bulan November. Anggaran 13 tahun. Dan, masih lagi menulis. Saya masih berkongsi tulisan bermanfaat dengan anggaran satu hari satu entry. Sebulan dapatlah buat 25 - 30 posting. 

PV Aynorablogs Dah Lebih 53 Juta

Daripada rekod blogger.com, entry berkaitan ucapan hari jadi dan selamat hari lahir menerima paling banyak pembaca iaitu dah cecah 1.7 juta. Memang kita pun suka menerima ucapan yang baik-baik, kan? Jadi, kalau korang nak cari contoh ucapan hari lahir boleh lah klik pada artikel berkaitan.

Secara ringkasnya, jika kita nak konsisten menulis blog.. tulis lah setiap hari. Boleh juga selang sehari, itu pun kalau you all busy sangat.

Kemudian, tulis lah berkaitan info yang betul dan berdasarkan fakta. Jangan sesekali menulis fitnah, gosip atau sesuatu yang membuka aib atau aurat orang lain. Elakkan itu ya..

Akhir sekali, berblog juga bergantung pada rezeki. Jangan sesekali berputus asa jika perkongsian anda itu dapat membawa dan membuka ruang anda ke syurga Allah.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close