Resepi ayam goreng berempah sama madu, yang amat mudah sekali. Lumur je ayam dengan rempah diet serbaguna kemudian di campur dengan madu. Sekejap je dah siap. Menu ni sebenarnya khas untuk orang diet yang nak buat menu bakar/ panggang/ stim. Tetapi sesekali saya langgar syarat, saya goreng pulak. Sedap sangat. Rempah dia tu lagi banyak lagi terasa semuanya.
Resepi Ayam Goreng berempah yang paling mudah, jimat masa. Amat sesuai dicuba dalam bulan ramadhan yang tak lama lagi nak tiba. Jom.. kita cuba.
Saya gunakan rempah perapan jenama Paparoger, beli di Shopee. Rempah perapan ni dah siap segala bahan herba di dalamnya termasuklah daun rosemary dan serai. Nak perap apa saja, saya akan gunakan rempah segera tersebut.
Resepi Ayam Goreng Berempah Madu Yang Mudah
Antara bahan-bahan:
Rempah perapan paparoger (untuk diet), saya beli di Shopee
6 ketul peha ayam saiz sederhana
Garam secukupnya
Madu secukupnya
Cara membuatnya:
1. Gaul ayam dengan rempah perapan Paparoger, kena gaul rata ya
2. Ratakan dengan sedikit garam dan madu secukupnya
3. Perap selama 30 minit hingga 1 jam
4. Kemudian goreng dalam minyak terendam. Goreng hingga ayam berwarna coklat kehitaman.
5. Toskan seketika dan hidangkan untuk family.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.