Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Keladi Calathea Untuk Laman Rumah. Hai korang.. selamat berhujung minggu. Buat apa pagi ni? Yang bekerja, kerjalah rajin-rajin. Yang bercuti, meh lah kita turun ke kebun. Pasu ada tapi tanah dah habis. Maka hidupkan enjin kereta, kita pegi melawat kebun bunga orang. Mana tau ada yang terpikat, kita sambar lah.. betul tak?
Dalam pukul 10.30 pagi, saya keluar sorang-sorang sebab En suami kerja. Sampai kat nursery yang jaraknya 15 minit dari rumah,, saya disambut oleh seorang lelaki Bangladesh yang tersenyum manis. Rajin dia orang follow dan layan pertanyaan saya. Bila dah tanya, belek dan pegang pokok bunga, maka dapatlah tangkapan seperti dalam gambar kat bawah ni nanti...
Gambar atas dan bawah adalah pokok keladi Calathea Lutea yang sudah saya pindahkan ke dalam pasu.
Dan gambar di bawah ini adalah tangkapan yang saya dapat.. hehe
Saya beli tanah sawit 4 kampit besar, tanah campur 6 kampit sedang, batu sungai, pokok keladi Calathea 2 pokok dan satu pokok bunga cina. Saya pesan tolong bagi pokok bunga yang dah besar. Haha.. sabar je adik bangla tu layan kakak sorang ni. Oh ya.. beli pasu lagi 3 ketul. Warna pilihan mestilah putih. Nak macam english garden gitu...
Bonet kereta my Black Knight pun penuh sendat. Tapi alhamdulillah.. dapat semua apa yang saya nak. Memang azam tahun 2024 antaranya saya nak tanam pokok bunga banyak-banyak. Nak berbakti pada tanah pulak..
Bila bangun pagi sebelum pergi kerja, boleh cuci mata, sejukkan hati dan minda.
Korang pulak suka tanam bunga apa? Semoga tanaman yang korang semai hidup subur dan menyejukkan bumi.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.