Urutan Zikir Selepas Solat Paling Afdhal. Selepas solat 5 waktu biasanya kita akan duduk sebentar dan mengalunkan zikir mengikut kesesuaian dan kesempatan waktu yang ada. Bila dah habis berzikir, barulah mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT.
Jadi, bagaimana kah bentuk zikir yang sesuai dan mana satu yang perlu di dahulukan dan sebaliknya? Jom kita ambil panduan di bawah ini dan amalkannya.
Urutan Zikir Selepas Solat Paling Afdhal Dan Betul
Berikut adalah urutan zikir yang mudah, ringkas dan afdhal.
1. Astaghfirullah - 3 kali
2. Membaca : Allahumma antas salam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikrom
3. Laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa'ala kulli syaiin qodiir
4. Membaca:
- Subhanallah - 33 kali
- Alhamdulillah - 33 kali
- Allahuakbar - 33 kali
Digenapkan jadi 100 dengan membaca :
Laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa'ala kulli syaiin qodiir
5. Membaca ayat kursi
6. Membaca surah 3 Qul iaitu al ikhlas, al falaq dan an Naas
Kemudian, bolehlah mula berdoa dengan doa yang terbaik dan adab-adab doa yang betul.
Antara doa terbaik dan lengkap selepas solat fardhu;
Semoga bermanfaat semuanya kepada kita dalam menambahkan kefahaman kita dalam beribadat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.