Amalkan Doa Memohon Kemudahan. Amalan doa dalam kehidupan seorang muslim adalah satu kemestian kerana kita hidup berharap kepada pertolongan Allah. Dalam susah dan senang, mesti ingat nak berdoa. Doa kan senjata orang muslim. Betul tak?
Salah satu doa yang mesti ada di bibir tentulah doa memohon kemudahan. Orang kata permudahkan urusan. Itulah doa yang saya ulang-ulang setiap kali lepas solat atau nak bergerak ke satu tempat yang asing bagi kita.
Doa Memohon Kemudahan
Dalam Rumi :
Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlaa, wa anta taj'alul hazna izaa syi'ta sahlaa
Maksudnya :
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah."
Dengan demikian, diharap perkongsian doa memohon kemudahan itu dapat memberikan kita alternatif doa-doa yang selalu dipohonkan kepada Allah SWT.
Ingat ya, doa adalah senjata orang mukmin yang paling ampuh!!
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.