Jaga Solat! Jaga solat! Jaga solat! Itulah pesanan tanpa jemu dan letih dari almarhum ayahanda kami. Walau dah terlajak umur pun, mesti dikejutkan subuh untuk solat awal waktu. Kita orang mesti kena solat sebelum dia balik dari surau atau masjid. Itulah kenangan indah kami yang insya Allah akan jadi ladang pahala buat beliau. Al Fatihah..
Jaga Solat walau di mana berada
Masa sihat kita kena betul² jaga solat. Jika masa sihat selalu tinggal solat, bagaimana masa kita sakit nanti?
Orang yang tidak mengerjakan solat maka tidak ada agama baginya. Hidup tidak akan rasa tenang jika tak solat. Biarlah kerja tak hebat, yang penting jaga solat.
Buatlah kerja hebat apapun kat dunia tetapi kerja sebagai Hamba Allah telah gagal.
Kenapa gagal dalam segala hal?
Sebab hubungan kita dengan Allah tidak kuat. Kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan berikan kita kekuatan & permudahkan segala urusan kita.
Seseorang yang kerjakan kebaikan dengan bersedekah, baik pergaulannya, baik akhlaknya, sambung silaturrahim tetapi dia tidak kerjakan solat, maka semua perbuatan baiknya tidaklah bermanfaat bagi dirinya di sisi Allah.
Jagalah solat walaupun kita bukan dari kalangan orang soleh. Kelak solat itu yang akan jadikan kita soleh. In Shaa Allah.
Ya Allah Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Ya Rahman Ya Rahim perkenankanlah doa permohonan kami... Aamiin
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.