Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dapat Pokok Bunga Baru Dari Seseorang

Dapat Pokok Bunga Baru Dari Seseorang. Pokok dengan pasunya sekali.. haha, siapalah yang baik hati bagi kat kami pokok baru ya? Mestilah seseorang yang rapat juga iaitu boss En suami. Beliau nak berpindah rumah, so ada beberapa pokok bunga yang nak dilepaskan. Siapa nak dia ambil lah.. gitu gayanya. Tapi dua pokok bunga dengan pasu yang berat dan besar tu memang En suami dapat istimewa punya. Cuba tengok gambar di bawah..

Dapat Pokok Bunga Baru Dari Seseorang

Cuba lihat pasu tu.. paau legend tau. Berat giler.. saya nak angkat sorang memang tak jalan. Nasib baik ada anak bujang tu dengan ayahnya. Dapat la turun dari Hilux. Itu pun macam nak patah tangan.. memang akan menetap di situ je la pokok bunga tu. Hehe..

Dapat Pokok Bunga Baru Dari Seseorang

Dapat Pokok Bunga Baru Dari Seseorang

Apa nama pokok bunga tu ya? Pokok keladi kut tapi daun dia nipis dan lebar-kebar. Sekali pandang macam bunga hiasan. Bila dah pegang dan potong dahan dia, barulah percaya yang dia ni pokok betul... haha

Oh ya, pokok ni dia kena siram air banyak-banyak sebab dia kuat minum air. Kita tengok berapa lama dia boleh hidup dekat rumah kami, sebabnya saya hanya menyiram pokok seminggu sekali.. haha

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close