Dinner Siakap 3 Rasa, Menu Pilihan Sepanjang Masa. Haha... bukan pilihan I tapi si bujang tu la.. hehe. So kalau tengah cuti sekolah, kita orang kerap makan siakap 3 rasa je tanpa jemu.
Siakap pun bagus sebenarnya kerana ia ikan berdaging puith. Jadi, ia sesuai dimakan oleh semua dan tak ada pantang larang. Terutamanya bagi yang menghidap tiroid, kencing manis dan darah tinggi.
Dinner Siakap 3 Rasa, Menu Pilihan Sepanjang Masa
Siakap 3 rasa - kerana rasa sosnya yang 3 rasa tu la menyebabkan anak saya suka sangat dengan masakan tersebut.
Selain itu, sotong goreng tepung pun mesti order walau harganya boleh tahan kayangan! Tetapi yang penting makan kena bagi habis, jika tidak tak mau order lagi lain kali. Hah! Memang licin semua pinggan.. hehe
Yang sedapnya ikan siakap ni, tulang dia rangup. Bila di masak menu 3 rasa, sampai ke tulang semua kena kunyah oleh anak dan bapaknya. Tak membazir, okay la.. oh ya, kos makan kami malam tu dicampur dengan air adalahh RM90.00, 3 orang makan.
Penutup makan di luar sebelum member balik semula ke asrama untuk semester baru tahun persekolahan baru iaitu tingkatan 5.
Semoga semuanya baik-baik saja..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.