Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api. Bila musim cuti sekolah saya lebih banyak masak menu berkuah sebab ada orang suka makan kuah banjir.. siapa lagi, si bujang bongsu tu la. Jadi kebanyakan menu saya adalah asam pedas, lemak cili api dan sup atau sayur bening.
Kali ni saya nak share menu ikan siakap masak lemak cili api. Masakan mudah yang korang newbie boleh cuba dan enak di masak waktu bersahur atau berbuka puasa di bulan ramadan. Ha gitu... 😅😅
Bahan-bahan;
1 ekor ikan siakap - potong 4 bahagian
3 biji bawang merah kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
2 inci kunyit hidup - kisar
1 inci halia - kisar
2 batang serai - diketuk
1 kotak santan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Ikan siakap dilumur kunyit dan garam, goreng sebentar. Ketepikan.
2. Tumis serai bersama bahan kisar hingga naik bau atau sedikit garing. Masukkan asam keping dan kacau lagi.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan ikan siakap yang telah di goreng tadi. Sekejap saja dan matikan api.
5. Siap untuk dihidangkan..
Selamat mencuba, pasti berjaya!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.