Janji Yang Benar-Benar Terjadi. Janji yang betul-betul terbukti. Apakah janji tersebut? Siapakah yang berjanji? Semestinya janji dari Allah SWT untuk setiap hambanya. Janji yang pasti tertunai hanya milik Allah. Jika kamu yakin dengan sesungguhnya.. maka tidak dapat dinafikan lagi kamulah orang yang terpilih. Kamu orang yang disayangi kerana bersabar menanti setiap pertanyaan di jawab oleh Allah pada satu ketika yang betul-betul kamu sangka.
Ada satu janji yang benar-benar akan terbukti. Janji Allah di dalam al Quran. Perbaiki solatmu, maka Allah akan memperbaiki hidupmu.
Allah berfirman;"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu." - surah al Baqarah : 153.
Maka, sudahkah kamu solat? Adakah kamu bersabar bila diuji? Adakah kamu mematuhi kedua-dua syarat itu?
Jika ya jawapannya.. maka teruslah istiqamah dengan janji Allah itu di dalam al Quran. Tak cepat tak terlewatkan sesaatpun.. bila masanya tiba, kamulah orang yang amat beruntung.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.