Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khabar Gembira Bagi Yang Sering Berdoa

Khabar Gembira Bagi Yang Sering Berdoa.  Maka sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sering berdoa. Berdoa bukan kerana terpaksa atau sekadar inginkan sesuatu tetapi berdoa kerana kita adalah hamba. Hamba yang yak punyai apa-apa! 

Semua yang ada kerana belas ehsan dan rahmat dari Allah untuk kita. Maka selayaknya kita kena sering berdoa. 

Khabar Gembira Bagi Yang Sering Berdoa

Sesiapa yang diberi taufik untuk banyak berdoa, maka hendaklah dia bergembira dengan dekatnya doanya akan dikabulkan. 

Kerana bila kita berdoa, Allah tak akan memulangkan dengan tangan kosong. Setiap doa pasti akan dikabulkan, cuma bila waktu dan ketikanya hanya DIA yang tahu.

Apabila kita tidak tahu bilakah doa kita akan dikabulkan, biasanya kita akan ternanti-nanti. Betul tak? Dan bila Tuhan makbulkan doa-doamu di saat dan ketika kamu amat perlu.. pasti ketika itu kamu merasa sangat bahagia dan gembira. 

Itulah sebabnya mengapa Allah rahsiakan bila waktunya doa akan dimakbulkan.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close