Nasi Goreng Kacang Panjang Segar Dan Sedap. Alhamdulillah selesai dah berbuka puasa hari ni. Hujung minggu macam ni saya masak juga sedikit juadah berbuka walau hanya tinggal berdua. Macam-macam juadah di meja tetapi hanya satu saja yang dimasak sendiri iaitu nasi goreng kacang panjang.
Nampak sedap tak gambar nasi goreng kacang panjang saya tu? Dan yang kuning tu adalah telur mata yang saya goreng dulu ssbelum tumis bahan rencah yang lain. Itu yang nampak telur macam seketul-seketul kan? Puas hati makan dengan telur yang banyak gitu.. hehe
Nak buat nasi goreng kacang panjang amatlah mudah. Semua bahan seperti kacang panjang dihiris pendek, bawang merah dan bawang putih juga dihiris nipis, cili padi merah potong serong, dan juga carrot hiris serong. Kalau tak ada carrot pun tak apa.
Nasi sejuk semalaman lagi sedap, bila digoreng hasilnya kelihatan cantik dan nasi goreng tak lembik. Panaskan minyak, goreng dulu telur dalam kuali jadikan telur hancur, kasar-kasar. Kemudian, tumis bahan hiris seperti bawang merah, bawang putih dan cili padi. Bila dah wangi, baru masukkan nasi dan gaul rata bahan-bahan dalam kuali tadi. Last sekali masukkan kacang panjang.
Perisakan dengan garam atau secukup rasa. Siap!!
Mudah kan? Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.