Ramadan - Bangunkan Jiwa Taqwa. Selamat Menyambut Kedatangan Ramadan 1445H. Ramadan di tahun 2024 Masihi. Ramadan yang semakin banyak cabarannya. Ramadan yang menyahut kesabaran kita berkali ganda. Tidak kita saja, anak-anak kita dan generasi kini pun kena berdepan dengan rintangan dan dugaan nafsu di bulan yang muliai ini.
Sediakan fizikal dan mental demi membangun jiwa taqwa kita terhadap Allah SWT. Kita tak boleh terus alpa dan terlena menghadapi perjuangan melawan nafsu ini, terutamanya di bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Ramadan: Bangunkan Jiwa Taqwa
Mari kita panjatkan doa menjelang kedatangan bulan Ramadan.
اللهُمَّ أَهَلَّهُ عَلَينَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَالاإِسْلاَمِ رَبَّنَا وَرَبُكَ اللهُ هَلاَلٌ خَيْرٌ وَرُشْدٌ
“Ya Allah, Bulan Ramadan telah mendatangi kami, anugerahkan kami dengan keamanan dan keimanan serta keselamatan dan Islam. Wahai bulan, Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah. Engkau adalah bulan yang baik dan telah memberi petunjuk pada kami” [Riwayat Ibn Hibban]
اَللُهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ وَغَضِّ الْبَصَرِ وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَش
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.
Oleh kerana banyak nya cabaran dan dugaan ramadan di tahun-tahun kebelakangan, maka kita sendiri kena menyusun strategi dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah subahnallahi taala. Caranya, mungkin kena buat senarai semak tentang ibadah harian di bulan ramadan yang boleh memenuhi aktiviti harian kita, agar tidak tergelincir dari keteguhan kita kepada suruhanNya.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.