Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tanaman Pokok Moringa Sudah Semakin Subur

Tanaman Pokok Moringa Sudah Semakin Subur. Tiga bulan lepas saya ada tanam batang moringa atau mauringa di depan rumah. Kerana banyak khasiatnya, maka kami satu office berpakat tanam pokok moringa. Tanaman yang menjadi saya punya seorang, yang lain habis kering batang moringa tu.

Pokok moringa berdahan rendang dan banyak cabang. Bila dibiarkan membesar, ia boleh mencecah tinggi hingga beberapa meter. Penjagaan pokok mauringa tidaklah susah kerana apabila sudah besar, ia tidak perlu dikawal sangat. Cuma jika batangnya sudah terlalu banyak, bolehlah di potong untuk menjadikannya rendang dan mudah untuk memetik daunnya. 

Daun mauringa boleh dijadikan teh atau sebagai minuman kesihatan bagi yang sesuai.

Tanaman Pokok Moringa Sudah Semakin Subur

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Tanaman Pokok Moringa Semakin Subur


Tanaman Pokok Moringa Sudah Semakin Subur

Tanaman Pokok Moringa Sudah Semakin Subur

Gambar atas - pokok-pokok mauringa saya ketika baru bertunas. Saya semai 2 pasu, hanya satu paau je yang menjadi dan tumbuh subur seperti gambar di bawah ini. 

Tanaman Pokok Moringa Sudah Semakin Subur

Pada asalnya saya menanam @ menyemai 3 tangkai batang mauringa tetapi hanya satu yang hidup. Itu pun dah syukur alhamdulillah. Kawan-kawan saya tanam semuanya tak menjadi. Dah rezeki saya agaknya... dahlah saya tak pandai bercucuk tanam.. hehe

Oh ya, pokok mauringa ni sesuai ditanam di atas tanah yang agak berpasir. Tetapi kerana ruang laman yang terhad, saya tanam @ semai dalam pasu bersaiz sederhana dahulu. Jika dah agak besar, boleh lah pindahkan ke atas tanah. 

Begitulah kisah saya dan pokok moringa atau mauringa yang banyak khasiatnya. Pokok tengah viral sekarang tu.. sebab tu ramai yang cuba tanam sendiri.

Selamat berkebun semua..


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close