Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Avocado Cheese Smoothies Segar Dan Sedap

Avocado Cheese Smoothies Segar Dan Sedap. Hari ke 3 syawal 2024, kami sekeluarga dah keluar membeli barang dapur dan juga barang-barang anak nak balik asrama. Biasanya kami akan berbelanja di Maslee kerana kebanyakan barang yang nak di beli ada di situ. Walau pun ia nampak kecil tetapi amat memudahkan urusan kami berbelanja.

Habis dekat RM400 lebih jugaklah belanja barang-barang anak bujang sorang ni. Selain memborong biskut, dia juga membeli maggi ramen, mandian, teh, susu.. dan banyak lagi. Yang penting, setiap bulan kalau balik bercuti, mesti beli set alat tulis baru. Entah kemana pergi segala pen dan pensilnya. Entah siapa yang makan kertas A4 nya.. asyik memanjang habis.. hehhe

Selesai urusan di Maslee, barulah singgah di Coolblog untuk membasahkan tekak. Piilihan saya tentulah Avocado cheese smoothies. Masya Allah.. segarnya.

Avocado Cheese Smoothies Segar Dan Sedap

Minuman avocado ni memang my faveret. Kalau beli sebiji avocado di luar pun dah mahal harganya. Biasanya saya makan macam tu je, letak garam sikit dan masuk mulut. Dia punya rasa lemak tu.. memang sedap.

Avocado Cheese Smoothies Segar Dan Sedap

Bila dah ada yang jual minuman avocado dah ready made, kita tak buang masa sambar terus.. hehe, alhamdulillah sedap dan segar sangat rasanya. Nak add on pun boleh..

So, korang boleh lah cuba avocado cheese smoothies ni kat Coolblog ya. Bye!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close