Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuka Puasa Dengan Nasi Lemak Kedai Mamak

Berbuka Puasa Dengan Nasi Lemak Kedai Mamak. Bila anak bujang balik, barulah muncul menu nasi lemak kedai mamak. Jika tidak, kami makan nasi campur je atau masak sendiri di rumah. Bila ditanyakan dengan si bujang ni, itulah menu yang disebutnya. Kita mak bapak mengalah je jawabnya.. hehe, yang sebenarnya rindu nak makan ayam goreng mamak..

Jadi, menu iftar pilihan kami adalah:

1. Nasi lemak ayam mamak untuk 3 orang
2. Roti canai 2 keping kongsi-kongsi
3. Air 3 gelas

Cukup lah... kami keluar selepas solat maghrib, dan bila sampai kat kedai mamak, orang pun dah tak ramai. 

Jom layan gambar-gambar menu iftar simple kami seperti di bawah.

Berbuka Puasa Dengan Nasi Lemak Kedai Mamak

Berbuka Puasa Dengan Nasi Lemak Kedai Mamak

Kita orang order simple je sebab sebenarnya kat rumah dah makan karipap dan kuih puteri ayu. Hehe,. makan nasi lemak sebab En suami dan si bujang mencari nasi pulak.. 

Berbuka Puasa Dengan Nasi Lemak Kedai Mamak

Roti canai order 2 keping kongsi-kongsi bertiga pun macam tak cukup, sedap sangat rotinya. Kami minta yang garing punya, memang faveret la orang kata..

Korang dah settle barang-barang nak beraya ke? Belanjalah dengan jimat cermat dan jjka tak perlu sangat, tak payahlah beli..

Bye!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close