Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Malam Bersama Family Kecilku

Makan Malam Bersama Family Kecilku. Sesekali makan malam bersama kerana keadaan yang tidak mengizinkan, kami makan malam bersama untuk kesekian kalinya sementara si bongsu ada di rumah. Jadi, kami decide makan di Tepian Tebrau di mana ada banyak restoran bersusun dengan pilhan menu yang pelbagai untuk di cuba.

Antara menu pilihan adalah:

1. Siakap 3 rasa ala nyonya
2. Butter prawn dengan daun kari
3. Tomyam kelapa
4. Kailan goreng ikan kering
5. Air buah + air blended oreo
6. ABC special




Menu hidangan untuk 3 orang macam nak makan untuk 8 orang. Memang set makanan dia semua saiz besar. Kalau korang tak habis makan boleh je tapaw dalam bekas yang diberikan. Tak membazir pun..



Semuanya sedap-sedap, terasa kat tekak. Hinggakan tak perasan kita orang bertiga makan sampai habis tak tinggal sikit pun. Konon nak bawak balik jika tak habis.. haha





Ikan siakap 3 rasa ala nyonya yang jadi kegemaran di restoran ini katanya. Kita okay je, memang dah biasa order siakap 3 rasa kegemaran si bongsu. Maka, kat mana-mana kita akan order menu ini.

Memang ternyata rasanya sedap, secukup rasa. Ikannya pun rangup masak luar dalam, kuah sosnya pun sedap.. tak manis tak masam sangat. Hampir sempurna.

Semoga kita semua dikurniakan rezeki halal dan dapat makan dengan citarasa kita. Sihat selalu.. insya Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close