Nasi Kukus Ayam Berempah Menu Berbuka puasa. Dah masuk puasa hari ke 23 dah hari ini. Begitulah cepatnya masa berjalan. Pada permulaan ramadhan ada rasa penat sikit dan rasa lemah.. masuk hari kedua dan seterusnya datang keseronokan pula melalui ramadhan tahun ini. Alhamdulillah masih diberikan peluang menjalani ibadah puasa tahun ini. Bila tiba bulan ramadhan, antara momen yang best adalah ketika nak berbuka puasa. Nikmat sungguh!! Kami berbuka puasa dengan roti jala dan nasi kukus ayam berempah semalam.
Inilah juada berbuka puasa kami semalam iaitu roti jala, nasi kukus ayam berempah, karipap .. dan semua tu set untuk dua orang, dengan kos RM14.00 je. Ni yang saya beli lah..
Kalau En suami biasanya bawa balik nasi beriani atau nasi berlauk dan air. So, untuk dua orang ahli saja dalam rumah kos harian berbuka puasa di bawah RM30.00. Ada hari- hari tertentu kami akan masak sendiri dengan menu simple sahaja..
Roti jala dengan kuah kari memang sedap! Sepatutnya boleh je buat sendiri tetapi memikirkan kena buat kari pulak.. datang penyakit malas yang tetiba muncul.. haha
Nasi kukus datang dengan set ulaman, ayam berempah dan kuah sup. Alhamdulillah.. kenyang sudah!
Ingat ya, usah membazir di bulan ramadhan kerana sepatutnya kita perbanyak amal dan bersederhana dalam apa jua hal.
Salam ramadhan ..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.