Resepi Mee Jawa. Mee jawa ni ada sikit macam mee kari tapi kuah dia simple je dan manis sebab dia pakai keledek. Kat kampung En suami selalu makan mee jawa terutama jika ada majlis yasinan perempuan. Masa mula-mula dulu saya tak boleh telan mee jawa tetapi lama kelamasn dah biasa. Kalau korang suka makan, boleh cuba resepinya seperti di bawah.
RESEPI MEE JAWA
RESEPI MEE JAWA
Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya:
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.
Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus
Selamat mencuba .
Credit :Maz Samad
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.