Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik? Adakah yang dibayar gaji tinggi? Atau adakah orang yang bekerja secara percuma, sukarela? Pastilah pekerjaan yang terbaik itu adalah pekerjaan yang bersumberkan rezeki halal dan berkat. Betul tak? Namun masih ada lagi yang tak lengkap. Jom baca perkongsian dibawah hingga habis..
Pekerjaan Yang Paling Baik
عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِÙ„َ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ -صلى الله عليه وسلم- Ø£َÙ‰ُّ الْÙƒَسْبِ Ø£َØ·ْÙŠَبُ Ù‚َالَ : عَÙ…َÙ„ُ الرَّجُÙ„ِ بِÙŠَدِÙ‡ِ ÙˆَÙƒُÙ„ُّ بَÙŠْعٍ Ù…َبْرُورٍ
Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi
Pengajaran:
1. Setiap kita wajib melakukan usaha dan ikhtiar bekerja mencari nafkah dan perbelanjaan kehidupan.
2. Sumber nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak.
3. Pekerjaan yang paling baik ialah yang dilakukan dengan tangan sendiri juga perniagaan yang halal.
4. Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti doktor, guru, pegawai tadbir dan yang lain-lain.
5. Perniagaan yang baik bermaksud perniagaan atau perusahaan yang bersih dari penipuan dan kecurangan. Baik kecurangan timbangan mahupun kecurangan dengan menyembunyikan cacatnya barang yang dijual.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.