Asam Pedas Ikan Pari Sedap Dan Segar. Ikan pari lah ikan yang senang nak di makan bila dimasak menu asam pedas. Sebab, tulangnya yang lembut, maka ia sesuai dimakan oleh kanak-kanak juga. Kalau korang teringin makan lauk asam pedas ikan pari, cari saiz ikan pari yang sederhana saiznya. Rasanya lagi sedap berbanding ikan pari yang bersaiz besar.
Ikan pari juga sedap dimasak lemak cili padi tetapi lebih sedap jika ikan pari tersebut dibakar dulu. Baru naik rasa aroma minyak bakaran ikan pari itu.
Tapi kali ini resepi ikan pari yang saya kongsikan akan dicampur dengan sayur bendi. Nak banyak atau sikit, terpulang..
Bahan-bahan:
Ikan pari
Cili kering 10 tangkai - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk - dikisar
2 keping asam keping
3 batang serai - diketuk
5 batang bendi
Gula
Garam
Daun kesum secukupnya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi. Tumis dengan serai sekali.
Ikan pari juga sedap dimasak lemak cili padi tetapi lebih sedap jika ikan pari tersebut dibakar dulu. Baru naik rasa aroma minyak bakaran ikan pari itu.
Tapi kali ini resepi ikan pari yang saya kongsikan akan dicampur dengan sayur bendi. Nak banyak atau sikit, terpulang..
Resepi Asam Pedas Ikan Pari Dengan Bendi
Bahan-bahan:
Ikan pari
Cili kering 10 tangkai - dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil kunyit serbuk - dikisar
2 keping asam keping
3 batang serai - diketuk
5 batang bendi
Gula
Garam
Daun kesum secukupnya
Cara menyediakan asam pedas ikan pari dengan bendi
2. Masukkan air asam jawa @ asam keping dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan pari, garam, gula, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan sehingga mendidih lagi. Biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin, jika suka.
Dah siap pun resepi ikan pari masak dengan bendi di atas. Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.