Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Ringkas Solat Jenazah

Cara Ringkas Solat Jenazah. Walau di mana kita berada, kematian pasti tak menunggu sesaatpun.. kita yang kena bersedia. Jadi perkongsian tentang cara-cara solat jenazah di bawah ini diharap dapat memberi manfaat. Insya Allah..

Dalam situasi di Masjidilharam, hampir setiap kali lepas solat fardu akan diadakan solat jenazah. Orang yang turut serta dalam solat ini akan diberikan pahala sebesar 1 qirat dan ianya sebesar Gunung Uhud. 🥰

Cara Ringkas Solat Jenazah

Cara Mengetahui Jantina Jenazah


Untuk mengetahui samaada jenazah itu lelaki atau perempuan atau kanak-kanak, panggilan muadzin akan berbeza untuk setiap jenazah. 

Jika muadzin sebut:
as solatu a' lal mayyiti = lelaki
as solatu a' lal mayyitati = perempuan
as solatu a' lat thifli = kanak-kanak
as solatu a' lal amwat = banyak jenazah

Cara Ringkas Solat Jenazah 


Tatacara ringkas untuk solat jenazah seperti dibawah:

1. Angkat Takbir dan Niat dalam hati :

“Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Ta’ala.” Pada takbir pertama kita baca surah Al-fatihah.

2. Imam akan Takbir kali Kedua

Kita Baca selawat: “Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad”
Pendek pun takpa, tapi paling elok selawat Ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir bermula dari “Kama sollai ta’ala ibrahim, wa’ala hingga habis..”

3. Angkat Takbir Ketiga

Kita baca doa pendek pun takpe, panjang lagi afdal. Contoh dibawah ni :
a. Allahummarghfirlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
b. Allahummarghfirlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

4. Angkat Takbir Ke Empat

Imam akan bagi salam, “Assalamualaikum warahmatullah” dan dah selesai. 

Cukup rukun maka sahlah solat tersebut.
Semoga ianya jadi penghormatan terbaik buat jenazah yang meninggal dunia di Tanah Suci Mekah khasnya atau di mana saja ianya dilaksanakan. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close