Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Nasi Campur, Harga Makanan Boleh Tahan Mahalnya

Lunch Dengan Kawan-Kawan Sekerja. Oleh kerana saya ada seminar @ training di Mount Austin, maka saya berkesempatan lunch dengan rakan sekerja. Waktu makan yang singkat kerana jadual training yang padat, menyebabkan kami makan dekat dengan pejabat sahaja. Bila masa memilih lauk memang tak ingat dunia tetapi bila tiba masa membayar, nak tertelan liur jugak dibuatnya. Hidup sekarang memang keras, korang! Begitulah harga makanan di restoran tempatan. 


Saya makan asam pedas ikan merah dan sayur petola. Air kopi ais..


My friend makan ikan keli sambal dan sayur peria, air lemon ais.

Kawan lagi seorang makan nasi campur lauk sayur kobis dengan asam pedas tetel. Air sirap limau.

Alhamdulillah. Kenyang dan harga pun boleh tahan juga mahalnya. RM99 untuk 3 orang makan. Rasanya yang buat mahal adalah asam pedas ikan merah yang saya ambil. 

Namun, kami perasan.. hidup semakin keras dan kos hidup amatlah meningkat berganda-ganda. Sebab itu ramai orang dah mula berjimat cermat dan bawak bekal dari rumah, walaupun lauk simple tetapi kenyang nya tetap sama, kan?

Jadi, marilah kita amalkan berjimat cermat dan usah membazir kepada benda yang kita boleh buat sendiri.

Bye!!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close