Makan-Makan Santai Dengan Kawan Office. Rasanya syawal pun dah habis, tetapi majlis makan-makan tetap diteruskan, untuk buat orang happy.. dan makan pun santai-santai je. Menu pulak ala menu sarapan pagi. Kita orang tak plan pun nak makan apa, tau-tau semua dah ada kat meja. Hehe..
Ayam berempah ni korang kita makan dengan nasi lemak. Bau wangi satu office taw..
Laksa johor yang sedap dengan kuah pekatnya.. makan dengan tangan baru syiok!!
Makan sampai kenyang! Mana taknya, konon makan santau untuk breakfast tapi sampai ke petang kita melayan laksa dan nasi lemak. Siap pakej boleh tapaw lagi.. hehe
Apa menu kita orang tadi ya?
Antaranya adalah laksa Johor, nasi lemak ayam berempah, karipap kentang, seri muka.
Jom layan gambar-gambar yang berkenaan... Enjoy!!
Kesudahannya, semua mengantuk sampai ke petang. Menunya pun berlemak-lemak kan..
Yang penting semua enjoy!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.