Peganglah Erat-Erat Sahabat Solehmu. Beruntungnya sesiapa yang dikurniakan sahabat soleh, yang memimpin kita ke jalan benar. Siapa pun sahabat kita, seharusnya kalian saling bantu membantu, ingat mengingatkan mana yang salah dan mana yang benar. Bila ingin melakukan kebaikan, ajak sekali sahabatmu, walau mereka menolak pelawaanmu.. mengertilah jika kamu istiqamah mengajak kepada kebaikan, mereka pasti akan cair juga.
Peganglah Erat-Erat Sahabat Solehmu
Bersahabat Kerana ALLAH Ta’ala. Bukannya mereka kaya dan rajin membelanja, bukan juga kerana nama.. tetapi terapkan dalam diri bahawa kamu bersahabat kerana Allah Taala. Bersahabat kerana Allah yang suruh.
Iman Syafi'i berkata, “JIka engkau punya sahabat yang selalu membantumu dalam rangka KETAATAN kepada ALLAH SWT , maka peganglah dia erat ~ erat , jangan pernah engkau melepaskannya. Kerana mencari sahabat yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangatlah mudah.”
Rasulullah Bersabda : “Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka merakapun bertanya kepada Allah .
“YA Rabb...kami tidak melihat sahabat sahabat kami sewaktu di dunia, kami sholat bersama, puasa bersama kami, dan berjuang bersama kami. Maka ALLAH SWT Berfirman : “Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat ~ sahabatmu yg dihatinya ada iman walaupun sekecil zarrah.“
(HR . IBNUL MUBARAK DALAM KITAB AZ-ZUHD).
Al ~ Hasan Al-Bashrii Berkata :
"Perbanyaklah sahabat sahabat muslimmu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari Qiamat."
Ibnu Jauzi berkata pada sahabatnya sambil menangis,
"Jika kamu tidak menemui aku di Syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya Kepada ALLAH tentang aku".
Semoga kita dikurniakan sahabat2 yang dapat memberikan syafaat apabila di akhirat kelak.
Semoga semuanya bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.