Beli Coach Morgan Shoulder Berwarna Hitam. Dah lama sebenarnya saya tak shopping bag tangan. Selain koleksi beg tangan dah agak banyak, saya pun kena belajar mengawal nafsu supaya lebih berjimat dan membeli barang yang perlu sahaja. Tetapi, entah macam mana saya terorder handbag ni dan dah pun dapat hari ini. Hehe..
Beli Coach Morgan Shoulder Bag Berwarna Hitam
Saya membeli handbag Coach Morgan Shoulder secara atas talian. Handbag yang agak jarang saya beli, di mana ia bersaiz lebar dan pendek. Boleh bawa di bahu atau di silangkan pada tubuh.
Handle pada bahu berukuran 9 inci. Sesuai je letak kat bahu. Warna hitamnya agak solid dan memang nampak berkelas.
Warna hitam bag coach morgan ni juga amat sesuai dipadankan dengan sebarang style. Bahagian dalam beg menggunakan material kulit yang lembut. Ada 2 poket di dalam dan satu poket berzip untuk letak syiling atau kad yang selalu digunakan.
So, sebagai bag yang simple dan minimalis.. saya amat sukakannya untuk ke mana saja.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.