Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Rak Bunga Tiga Tingkat Yang Besar Dan Cantik

Beli Rak Bunga Tiga Tingkat Yang Besar Dan Cantik. Semenjak saya dah mula ada hobi tanam pokok bunga hidup, macam-macam pasu dan pokok bunga yang saya beli. Walau kadang kala sebagai perhiasan je, saya tetap beli. Hehe.. bila ada masa lapang pada hujung minggu, barulah kita kerjakan.

Dan yang terbaru, saya beli rak bunga bertingkat, untuk meletakkan pokok-pokok yang bersaiz kecil dan renek. Warnanya hitam, tiga tingkat dan agak kukuh.  Ia bukan lah kayu, tetapi sebahagian plasyik dan besi.

Beli Rak Bunga Tiga Tingkat Yang Besar Dan Cantik

Cantik kan? Boleh je nak letak pasu yang agak besar saiznya tetapi letak yang comel-comel boleh muat banyak. 

Beli Rak Bunga Tiga Tingkat Yang Besar Dan Cantik

Beli Rak Bunga Tiga Tingkat Yang Besar Dan Cantik

Oleh kerana ia dibeli online, maka saya tunggu anak bujang balik bercuti. Dialah yang rajin melayan sang ibu bercucuk tanam. Harapkan En suami, tiada masa je kerjanya.

Bila dah siap pasang, wahh... cantik lah rak bunga bertingkat ni. Ruang parking kereta nampak kemas. Dan, kita boleh angkat kemana-mana ruang yang kita suka. 

Kalau korang ada minat macam saya, boleh lah beli rak bunga tiga tingkat ni pada harga RM129.90. 

Ok bye!

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Kami pun sejak ada banyak pokok, memang beli rak untuk nampak lebih kemas.. Nampak lebih teratur..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close