Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Kita Tak Kaya-Kaya?

Kenapa Kita Tak Kaya-Kaya? Semua benda dah buat, dah berusaha, dah tawakkal, dah berdoa. Tetapi Allah tak bagi jugak kita kaya? Biasanya perkataan 'kaya' merujuk kepada kaya wang ringgit atau material. 

Kenapa Allah tak bagi kita kekayaan material? Ayat di bawah ini menjawab persoalan kita Allah maha kaya kenapa Allah tak kayakan kita? 

Allah jawab, kau nak tau kenapa kau tak kaya2? Aku tahulah siapa kau yg sebenarnya…..

Jawapan Allah memang macam terkena tampar! 

Allah kata Aku maha tahulah kau ni siapa. Aku tahu mendalam tentang kau. 

‎إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Kenapa Kita Tak Kaya-Kaya?

Kau ni kalau bagi lebih makin rosaklah hidup kau. Kau akan jadi melampau, kau  akan lupa diri, kau akan sombong! 

Allah sebut لَبَغَوْا- yang bermaksud : tentu mereka akan melampaui batas. 

Kau suka memboros beli barang-barang mewah melebihi keperluan. Makanan, baju, kasut handbag semua dah ada tapi nak jugak beli yang baru, yang mahal harga berpuluh ribu. Yang berduit sikit dah ada kereta, beli kereta lagi. Ada kereta khas untuk pergi pasar ada kereta untuk pergi jumpa kawan-kawan ada kereta untuk jalan-jalan.. ini melampau batas. Sepatutnya duit yg lebih tu utk bantu orang miskin. Tapi semua untuk kesenanganmu saja.

Kau seorang yg kedekut. Ada rezeki byk tapi tetap makan sorang. Hanya utk anak bini saja, jiran sebelah tak makan, saudara di kampung sakit, kau tak ambil peduli. Rumah besar kereta banyak, tapi rumah makcik sebelah atap bocor pun kau tak tolong tampalkan. 

Yang berpangkat besar gaji dah besar, tapi terlibat dengan rasuah pulak! Kau memang tamak!

Kalau mcm ni perangai kita patutlah Allah pun tak memewahkan kita. Allah cuma bagi cukup2 kadarnya saja. 

Allah kata,
‎يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ  bermaksud Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. 

Tidakkah kita mahu berfikir? 

‎۞ وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَـٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. - (Ash-Shura - 27)

Semoga perkongsian di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua, insya Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close