Lunch Asam Pedas Siakap. Hari minggu yang lemau untuk kami kat rumah sebab hujan turun dengan lebatnya. Buat apa pun semua agak perlahan, siram pokok bunga kat kawasan parkir.. bagi baja pada pokok. Yang kat luar tak payah siram dah sebab dah disirami hujan sedari awal pagi lagi. Bila jam dah pukul 10 pagi, maka masuk ke dapur nak masak lunch punya menu.
Hari ni kita masak asam pedas siakap. Empat ketul ikan je, sebab yang makan pun berdua je..
Simple je asam pedas siakap kami, ada daun kesum, tomato.. dah pun sedap. Biar simple tapi habis dimakan. Hehe..
Ada tempe goreng dengan tepung bestari, sedap dan rangup di luar dan lembut di dalam. Kalau korang lapar, boleh juga jadikan tempe sebagai makanan ringan.
Sayur pula, saya tumis terung ungu.. tumis kering. Sebelum tu saya goreng dahulu terung tu sampai naik bau.
Jadi, jika korang stress nak masak apa untuk lunch.. boleh je masak simple-simple dan sedap. Okay ✌
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.