Nasi Kerabu Untuk Lunch. Tengahari tadi pergi ke Mydin Mutiara Rini, sebab nak derma baju-baju yang tak dipakai, dan terus makan lunch sekali. Sebelum itu pergi shopping dalam Mydin store untuk anak bujang dan belanja rumah sekali. Sekali kau.. kena RM599.95!! Hah? Apa entah yang kita orang beli.. hehe
Perut yang lapar semakin lapar.. terus cari nasi. Jumpa lah nasi kerabu.. jom tengok gambar kita..
Nasi kerabu yang agak lengkap.. ada nasi biru, ulaman, tauge, telur masin, keropok, ayam goreng, sambal dan kerisik? Bila gaul semua, terus macam selambak nasinya. Tak habis, anak bujang tolong habiskan..
Kita order kopi ais. Segar terasa walau tadi belanja berhabis dekat RM600.
Kalau korang nak makan nasi kerabu, kebetulan jejalan kat Mydin, bolehlah singgah makan di food court dia.
Ok bye!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.