Sarapan Roti Canai Garing Yang Sedap. Pagi sabtu yang santai. Hujan turun renyai-renyai membuatkan perut lapar. Panaskan air, buat kopi 'O' tanpa gula. Semwntara tunggu air suam, kita tengok pokok-pokok bunga depan rumah. Ada tanah sekangkang kera cukuplah, tak buat gaduh.. hehe. Tetiba En suami terjengol di muka pintu ajak sarapan kat luar. Kita pun apa lagi, tukar baju semua, masuk kereta. Hmm.. rupanya nak ajak sarapan kat kedai mamak je. Tak pe lah.. yang penting dapat isi perut.
Roti canai garing dan rangup ni la rupa dia.. warna hitam sikit. Masuk mulut rangup dan sedap, tak payah cicah kuah kari atau dhal pun tak apa..
En suami makan kue tiaw goreng sama sambal sotong. Dia kata pun sedap sambal sotong tu.. alhamdulillah.
Ada juga set kuih tradisional yang diletakkan kat tepi cashier, ambik juga buat jajan kat rumah nanti. Hehe..
Selamat beristirehat di hujung minggu srmua..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.