Sarapan Roti Canai Lagi Di Hujung Minggu. Kali ni di kedai mamak, dan seperti biasa roti canai garing in tge house. Mula-mula tu roti canai sampai tak garing, saya pulang semula dan mintak dia orang buat balik. Hehe.. kita cakap elok-elok mereka ok je.. yang penting jaga adab walau di mana kita berada. Betul tak?
Saya kata kat mamak tebar roti canai tu, hitam silit pun tak apa.. tapi dia orang takut customer tak suka kut, hasilnya roti canai tak gelap la, tapi rangup.. haha. Yang penting ngam dengan selera kita.
Korang tengok sambal dan kuah dalca dia, sedap dan macam orang kita yang masak. Saya jeling-jeling dapur tak nampak pulak muka orang kita. Ada yang kata mungkin dia mintak orang melayu kita masakkan sambal. Wallahu'alam.
Walau apa pun, makanan kat kedai mamak ni tak mengecewakan. Hampir semuanya sedap. Lauk pauk nasi campur untuk lunch pun sedap-sedap. Ayam goreng mamak dia, memang wow!!
Bye! Tenang-tenang je..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.