Sejarah Harga Emas Dunia Dari Tahun 2014 - 2024. Emas adalah teman setia wanita. Dengan hiasan emas di tubuh, wanita nampak berkelas dan eksklusif. Walau hanya memakai sebentuk cincin di jari manis. Emas boleh dijadikan simpanan, pelaburan atau sekadar perhiasan. Tetapi emas merupakan perhiasan yang menguntungkan. Emas boleh membantu kita menghadapi saat sukar terutamanya apabila mengalami masalah kewangan.
Namun, saya nak share kan sejarah harga emas dunia dari tahun 2014 sehingga 2024.
Harga Emas 2014 - 2024 Segram
Tahun 2014 = RM135.05
Tahun 2015 = RM139.57
Tahun 2016 = RM166 81
Tahun 2017 = RM174 93
Tahun 2018 = RM168.57
Tahun 2019 = RM177.08
Tahun 2020 = RM251.37
Tahun 2021 = RM241.24
Tahun 2022 = RM265.00
Tahun 2023 = RM316.00
Tahun 2024 = RM370.93
Harga emas dunia mencatatkan nilai tertinggi dalam sejarah apabila ia melepasi paras tertinggi baharu iaitu AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram. - sumber berita RTM.
Jadi, buat keputusan sendiri samada anda nak beli atau jual emas pada masa sekarang? Tepuk dada, tanya poket. Betul tak?
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.