Tukar Barang Kemas Lama Dan Tambah Koleksi Cincin. Dah lama juga saya tak pergi kedai emas, kali terakhir saya pergi melawat kedai emas adalah lada bulan Januari yang lalu. Kemudian saya slow sekejap, sebab harga emas makin lama makin naik. Bagi penggemar barang kemas 916, mereka akan tetap membeli emas walau harganya mahal. Kerana, mereka percaya harga emas akan naik lagi.
Oleh kerana saya ada stok barang kemas lama dan tidak dipakai, maka saya tolak sebahagian dan ambil balik duit selebihnya. Jadi, saya dapat balik duit dan dapat tukar emas baru jugak. Alhamdulillah..
Saya dapat barang kemas baru iaitu rantai tangan dan memakai cincin baru jugak. Alhamdulillah.
Kalau korang ada barang lama yang tidak dipakai, boleh je tukar dengan yang baru dan fesyen baru. Beli emas adalah terapi bagi wanita. Kalau ada rezeki, boleh juga dapat duit lebih untuk disimpan.
Sewaktu artikel ini ditulis, emas 916 segram berharga RM373. Dengarnya harga emas dunia nak naik lagi..
Lagi satu, jika cukup berat.. barang kemas kita wajib dizakatkan. Kalau beli setakat untuk dipakai, maka pakailah ia sekali sekala. Jangan tak pakai langsung dalam setahun. Okay..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.