Yang Hilang Pasti Berganti. Usahlah susah hati jika kita kehilangan barang harga, insan tersayang, haiwan peliharaan.. kerana tempat meteka pasti tergantikan dengan yang lain. Namun adakah ia diganti serupa atau sebaliknya, hanya Allah yang tahu.
Contohnya kita kehilangan kawan dan sahabat yang rajin di tempat kerja. Mungkin mereka berhenti atau telah tamat tempoh perkhidmatan. Kita boleh berharap penggantinya akan yang baik sepertinya.. tetapi jika sebaliknya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Betul tak?
Percayalah!
Akan selalu ada ganti pada sesuatu yang telah pergi.
Dan, akan ada yang datang untuk sesuatu yang telah hilang..
Tetapi kena ingat.. jika kita hilang yang tersayang, tak semestinya ia diganti dengan yang sama. Pastilah ada ganti tetapi dalam keadaan dan suasana yang lain.
Kita yakin dengan hukum alam tersebut, cukuplah. Hanya minta Allah gantikan dengan sesuatu yang baik. Itu sudah memadai.
Insya Allah, hiduplah baik-baik ya! Bukan sekadar bernafas..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.