5 Manfaat Buah Salak Untuk Kesihatan. Buah salak juga disebut buah asam paya. Kelubi, asam kelubi, asam paya atau salak hutan (Eleiodoxa conferta) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga palma, Arecaceae yang terdapat di Asia Tenggara. Buah salak ini hampir sama rupanya dengan nipah tetapi lebih kecil. Ia tumbuh di kawasan hutan paya dan mempunyai buah yang sangat masam.
Walau rasanya agak masam, bila dibuat jeruk ia jadi makanan atau dessert yang amat sedap. Dari kecil lagi kami selalu makan buah salak ini yang rasanya jadi manis bila ia sudah matang.
Namun buah asam paya menyerupai buah asli Indonesia lainnya iaitu salak (Salacca zalacca). Keduanya adalah anggota keluarga Arecaceae dan sama-sama memiliki bentuk yang bulat mengerucut. Kedua buah ini juga sama-sama memiliki kulit luar yang cenderung mudah dikopek walau hanya dengan dikupas dengan tangan. Isi buah salak sedikit cerah berbanding buah asam paya yang lebih berwarna pink.
5 Manfaat Buah Salak Untuk Kesihatan
1. Menjaga kesihatan jantung
Untuk meningkatkan keselihatan jantung, mengambil makanan yang mengandungi kalium, seperti buah salak, sangat disarankan. Kalium memiliki peranan penting dalam menjaga degupan jantung dan menurunkan tekanan darah, sehingga dapat menjaga kinerja jantung tetap optimal.
Buah salak mengandungi vitamin A, B, C, zat besi, serta karbohidrat. Kandungan gizi tersebut membuat buah ini memiliki manfaat untuk kesihatan tubuh, seperti membantu menurunkan berat badan serta mencantikkan kulit.
Buah salak mengandungi satu bahan yang dipanggil beta carotene yang sangat tinggi. Beta carotene berfungsi untuk mengurangkan stres pada mata yang disebabkan oleh cahaya yang berlebihan. Ia juga akan ditukarkan ke dalam bentuk Vitamin A bagi mengekalkan mata yang sihat.
Selqin itu, buah salak juga boleh meningkatkan sistem kekebalan atau imuniti tubuh. Buah salak kaya dengan kandungan senyawa polifenol dan flavonoid. Senyawa-senyawa tersebut dikenal mempunyai efek anti kanser dan dapat mengaktifkan respons imun.
2. Menyihatkan dan Mencantikkan kulit
3. Menjaga Kesihatan Mata
4. Menjaga kekebalan tubuh
5. Bagus untuk pencernaan
Jika anda mengalami sembelit, makan buah salak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Buah salak boleh membantu merawat masalah pencernaan. Kandungan serat dan air yang tinggi dalam sebiji salak membantu melancarkan sistem penghadaman dalam badan kita.
Secara amnya, apa saja buah-buahan segar memang mengandungi manfaat yang banyak untuk tubuh kita, dengan syarat pengambilannya dalam jumlah yang berpatutan dan tidak berlebihan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.