Bagaimana Cara Self Love? Untuk hidup terus bahagia? Apakah self-love itu sesuatu yang penting bagi setiap individu? Ketahuilah, diri sendiri pun perlukan self love tau.. bukan sahaja kita menyayangi orang lain, tetapi sebaliknya sayangilah diri sendiri terlebih dahulu. Untuk membina self-love memerlukan perjuangan mengawal diri sendiri dari segenap segi dan tidak membenarkan diri kita dikawal oleh orang luar. Jiwa kena kental, semangat kena kuat. Barulah anda mendapatkan self love yang diinginkan.
Bagaimana Cara Self Love?
Bagaimana Cara Self Love? Untuk hidup terus bahagia?
1. Beli hadiah untuk diri sendiri
Salah satu cara 'self love' adalah dengan self-reward dengan cara membelikan hadiah kepada diri sendiri. Apakah cara yang sesuai untuk belikan hadiah kepada diri sendiri? Jika orang lelaki mungkin dia beli set memancing atau motorsikal yang diimpikan. Wanita pula biasanya hadiahkan barangan kemas, handbag dan juga membeli baju baru yang telah lama diidamkan.
2. Makan makanan yang berkhasiat
Kemudian, makanlah makanan yang berkhasiat tanda kita sayangkan diri sendiri. Kalau bukan kita yang sayangkan diri kita, siapa lagi yang nak diharapkan. Dengan menjaga pemakanan, itu menandakan kita sayangkan tubuh badan kita dan tak mahu ia rosak akibat tindakan kita sendiri.
3. Yakin dan hargai diri sendiri
Yakinlah kepada diri anda. Setiap apa jua tindakan yang kita buat, adalah pilihan kita sendiri. Oleh itu, berhati-hatilah dalam membuat sebarang keputusan agar kita tidak tersilap langkah di kemudian hari. Contohnya, jangan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan dalam hidup, terutama ketika kita sedang marah atau kecewa.
4. Rehat dan tidur yang cukup
Seterusnya, berilah tubuh anda rehat dan tidur secukupnya. Usah bersengkang mata sampai ke pagi umpama tiada esok hari untuk menyiapkan kerja. Anda buat sampai tak tidur pun, ia tetap juga perlu disiapkan esok lusa dan seterusnya. Bijak sedikit dalam mengatur waktu tidur dan rehatmu. Jika diikutkan nafsu, meranalah badan!
5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain
Akhir sekali, jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Jika seseorang itu lebih kaya raya daripada kita, bergembiralah dengan pencapaian mereka. Kita tidak tahu berapa banyak airmata dan keringat yang telah tumpah dalam perjalanannya mencapai kejayaan hari ini. Yakinlah bahawa satu masa nanti, akan ada rezeki buat kita untuk berjaya seperti mereka.
Dengan yang demikian, kita akan hidup dengan bahagia dan secara tak langsung dapat membahagiakan orang lain juga. Orang yang bahagia akan membuatkan persekitarannya pun ikut bahagia dan positif.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.