Beli Rantai Tangan Fesyen PSL Sesuai Untuk Semua Majlis. Kan saya dah kata, emas dan wanita tak dapat dipisahkan. Dengar je kedai emas ada buat promosi harga, terus saya pergi dan survey kut-kut ada barangan kemas yang ingin diganti atau beli baru. Sekarang ni trade in emas pun harga tinggi. Rebut peluang untuk dapatkan design emas terbaru. Jika nak kumpul gold bar pun boleh, iaitu biasanya dijual mengikut harga pasaran emas 999. So, korang pilihlah yang mana suka.
Antara rantai tangan fesyen kegemaran saya adalah fesyen PSL. Biasa nya saya akan cari fesyen high polish sebab mudah digayakan ke sebarang majlis. Nak buat basahan pun tak risau..
Memang dari luaran nampak besar, tetapi beratnya hanya hampir 30 gram, jadi tak lah terlalu berat untuk di pakai sehari-hari.
Membeli emas fesyen atau emas gold bar, ada kelebihan masing-masing. Jika anda mahu emas yang mempunyai nilai susut yang rendah, boleh lah mula mengumpul gold bar. Tetapi ia tidak boleh dipakai untuk perhiasan.
Terpulang pada pilihan barang kemas mana satukah yang korang suka, yang penting kena ada modal yang cukup.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.