Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cinta Manusia Hanya Sementara

Cinta Manusia Hanya Sementara. Tiada apa pun yang kekal di atas muka bumi ini. Semuanya akan kembali. Meninggalkan dunia yang fana ini. Memang pada permulaannya semua nampak bahagia, di kelilingi oleh anak, suami, isteri dan saudara mara. Riuh rendah suasana di mana-mana. Saling bertukar khabar dan tanya berita. 

Namun lama kelamaan semuanya semakin jauh.. sepi dan menghilang. Yang tinggal hanya diri kita sendiri, samada ditemani oleh pasangan atau sebaliknya. Anak-anak sekadar datang menjenguk. Mereka tak akan balik dan tunggu seperti satu masa dahulu.

Cinta Manusia Hanya Sementara

Begitulah hati kita, semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian. Kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan ďunia.
 
Begitulah hidup kita. Tanpa ditemani sesiapa. Menunggu masa demi masa berlalu, sehingga akhirnya kita pun sudah tidak menunggu lagi.

Selamat tinggal dunia.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close